Friday, July 20, 2012

selamat berpuasa !

selamat berpuasa jangan dok ponteng p bli nasi kandaq ja...hahah

Sunday, August 21, 2011

Apakah IntelliPark? Adakah ianya memberikan kebaikan ataupun mendatangkan masalah???


IntelliPark... Antara ciri-ciri yang terdapat dalam HDD WD Caviar-Green...

Western Digital, Memang tidak asing lagi namanya di dalam dunia perkomputeran disebabkan ianya merupakan pengeluar HDD... 

Ok... WD mengeluarkan produk HDD yang diberi nama Caviar-Green (*Terdapat saiz 1TB~3TB)... 
Ianya dinamakan Caviar-Green disebabkan ianya menjimatkan tenaga a.k.a Eco-Friendly (konon nye lah)...

Apakah fungsi "IntelliPark" ini????

Adalah dimaklumkan kat sini... mesti anda semua tidak mengetahui makna "IntelliPark" ini, bak ayat aku ("Abendenye menatang intellipark ni?")...

IntelliPark ini merupakan salah satu ciri dimana apabila HDD anda tidak digunakan (inactivate) dalam masa 8 saat, maka tanpa segan silu arm/head tersebut 'parking' ke zon selamat... (selamat la jugak)...
Biar saya terang dengan lebih terperinci...

        Contoh cambar kat atas menunjukkan parking place dengan arm... ok cerita dia mcm ni... Dalam  Caviar-Green ni... Western Digital telah mencipta satu ciri dinamakan "IntelliPark", disebabkan untuk sinonimkan dengan ciri hijau yang terdapat pada HDD tersebut... setiap HDD Cavier-Green (*Atau mungkin yang blue dengan black) yang ada ciri ini dengan kata lain dapat menjimatkan kuasa yang digunakan... apabila HDD anda tidak digunakan (*Disebabkan anda jadikan HDD ini sebagai tempat storan data), dalam masa 8 saat jika HDD ini tidak digunakan (*misalnya kita x buat backup atau sebagainya dalam HDD ini) ianya secara automatik akan shutdown HDD ini...

     Err... Adakah anda faham tentang penerangan saya... maaf saya x pandai sangat nak terang...

     Ok... sekarang ini kita sambung balik....

     Berkenaan masa 8 saat inactive tu... ianya telah disetkan oleh Western Digital itu sendiri...

Adakah ianya x memberi kesan kepada HDD tersebut???

         -  Terdapat sesetengah orang mengatakan, penggunaan "Intellipark" ini agak merbahaya kepada HDD tersebut disebabkan masa 8 saat tidak digunakan, ianya akan shutdown...
         -  HDD jenis Caviar-Green ini biasa akan memerlukan masa untuk startup balik... jadi... pada pendapat anda la kan... anda dah masuk ke dalam drive HDD ini, lepas tu buat backup ke, tonton video ke, lepas tu anda tutup explorer, dan x ganggu HDD ini, selepas 10 saat, anda nak guna pulak fail yang ada dalam HDD tersebut... dan anda rasa ianya mengambil masa untuk membuka drive tersebut... jadi anda rasa tension x?...

Apakah cara-cara untuk mengubah suai factory setting (ubah masa inactive) "IntelliPark" ini???

        -  Ya... Ada cara lain untuk mengubah suai factory setting ini... dengan menggunakan perisian applikasi dari (*lain kali saya sambung...)... nantok lak... hahaha.... apa apa hal saya bagitau lain....

Saturday, August 20, 2011

Macam Mana Nak Reset Root Password Dalam Linux


Reset Semula Admin (Root) Password Dalam Linux

Assalamualaikum (Salam Sejahtera) semua,

Pertama sekali saya ingin meminta maaf jika blog ini susah sangat nak tgk perkara baru, maklum la, penyakit malas... hahaha....

Ok, kita mulakan cerita tentang cara macam mana nak reset semula admin (root) password dalam linux.
(*Bagi user password nanti saya akan terangkan kemudian)...

Dalam sistem operasi linux yang biasa kita lihat, bagi memulakan proses pemasangan (installation) ataupun setting sistem, yang paling penting adalah admin (root) password... 

Dalam terminal juga biasanya admin (root) ini dinamakan *su (dalam suse, fedora, redhat, mint (*yang diketahui)) dan *sudo (dalam ubuntu (*umumnya))... setelah itu pengguna perlu memasukkan password bagi admin (root) tersebut supaya bolehlah login sebagai admin (root) (*hanya dalam terminal sahaja)...

 Langkah - langkah bagi reset semula admin (root) password.

1. Pastikan PC anda dihidupkan, kalau x macam mana nak masuk dalam sistem.
2. Semasa PC tengah dalam proses untuk booting linux, tekan "F8" untuk masuk ke dalam bootloader list (*bagi PC yang terus masuk ke dalam sistem operasi (OS) tanpa melalui bootloader). Contoh dapat dilihat kat bawah.



3. Pilih bootloader ke linux (*contoh disini Red Hat Linux) dan tekan 'e' untuk edit kernel entry.
    (*Jangan risau... ianya tidak akan merosakkan sistem operasi tersebut).
4. Pada bahagian "edit kernel entry", anda akan dapat lihat command bagi linux kernel entry tersebut, jangan ubah apa-apa pada command tersebut, cuma tambahkan perkataan 'single' kat bahagian belakang sekali. Contoh ada dilampirkan di bawah.



5. Kemudian, tekan 'enter'. (*Jangan memandai taip 'enter' pulak).
6. Dan tanpa membuang masa yang panjang, silalah tekan 'b' untuk boot using single user.
7. Selepas itu, skrin hitam putih akan kelihatan (*Dinamakan prompt). Contoh dilampirkan dibawah.


8. Kemudian taip seperti yang dinyatakan di bawah ini untuk mount proc dengan remount root,

       [root@redhat]# mount -t proc proc /proc
       (*ada sesetengah akan menyatakan bahawa ianya telah mount)
       [root@redhat]# mount -o remount, rw /

9. Kemudian sampailah masa yang dinanti-nantikan, reset semula admin (root) password.
   Taip seperti yang dinyatakan di bawah.

       [root@redhat]# passwd
       Type a new password : (*Masukkan Password Baru)
       Retype a new password : (*Tulis Semula Password Baru Yang Telah Ditaip Tadi)

10. Dengan ini admin (root) password tadi telah berjaya diubah. Sekarang mula semula (reboot) PC anda. Taip seperti yang dinyatakan di bawah.

       [root@redhat]# sync
       [root@redhat]# reboot

Dengan ini tamatlah sudah cara-cara bagaimana untuk reset semula admin (root) password linux.
Harap dengan apa yang anda telah bacakan tadi dapat dimanfaatkan di masa hadapan.

Sekian, Wassalam...

Saturday, June 4, 2011

Kelebihan Dan Kekurangan Yang Terdapat Pada LED/LCD Monitor

LCD                                                   LED

 Hari ini kita akan perhatikan kelebihan serta kekurangan yang terdapat pada LED/LCD monitor.

Pertama sekali kita akan melihat perbezaan ketebalan antara kedua-dua monitor tersebut :


Dalam gambar ini dapat kita lihat bahawa LED monitor lebih nipis berbanding LCD monitor...
    Sebabnya????
                1. LED monitor menggunakan external power supply,
                    manakala LCD pula menggunakan internal
                    power supply.

LCD Power
LED Power

              2. Kebanyakan LCD mengalami masalah "Dead Pixel" manakala
                  LED pula jarang berlaku "Dead Pixel" (mungkin... belum dapat
                  dipastikan lagi).

1 Row Dead Pixel on LCD monitor

                  Namun, ianya boleh dibaiki dengan menggunakan perisian
                  bernama Pixel Repairer. Namun tiada jaminan bahawa
                  ianya akan dapat membaiki "dead pixel" tersebut.

              3. Bagi LED pula biasa di laman web syarikat pengeluar
                  mengatakan ianya menggunakan contrast yang tinggi
                  yang mempunyai kecerahan yang lebih terang berbanding
                  LCD monitor. Akan tetapi hakikat sebenarnya, dengan
                  menggunakan LED monitor membuatkan mata kita
                  semakin hari semakin rabun disebabkan kecerahan cahaya
                  yang dipancarkan. Ianya hampir sama dengan CRT monitor
                  dimana ianya akan membuatkan mata kita bertambah sakit
                  disebabkan cahaya yang lebih terang dari kawasan sekitar
                  memasuki pada mata kita.

CRT Lightning using electron beam

LED monitor yang menggunakan LED backlight untuk mendapatkan kecerahan yang baik 
             4. Ini merupakan yang terakhir (sebab dah tak tau nak tulis apa)...
                 Untuk LCD monitor, ianya merupakan teknologi yang sudah
                 digunakan selama 10 tahun dan lebih, jadi mungkin
                 bermacam-macam masalah yang dapat dilihat.
                 Bagi LED pula tidak dapat dipastikan, disebabkan ianya
                 merupakan teknologi yang masih baru.

Itu sahaja maklumat yang dapat dikongsi... mungkin ada sesetengah pihak bercanggah pendapat seperti yang telah saya nyatakan... Disebabkan itu, rajin-rajinkan lah tangan itu untuk memberi komen yep...

Thursday, June 2, 2011

Mengatasi Masalah Add/Remove Windows Components

Adakah anda mengalami masalah seperti yang tertera di atas?...

Di sini ada penyelesaiannya...

Langkah pertama - pergi ke "c:\windows\inf", kemudian cari fail "sysoc.inf" dan buka fail tersebut.
Langkah kedua - Paparan yang terdapat dalam fail "sysoc.inf" adalah terpapar seperti di bawah.

==================================================================
[Version]
Signature = "$Windows NT$"
DriverVer=07/01/2001,5.1.2600.5512

[Components]
K=KOC.dll,KOCSetupProc,KOC.inf,HIDE,7
NtComponents=ntoc.dll,NtOcSetupProc,,4
WBEM=ocgen.dll,OcEntry,wbemoc.inf,hide,7
Display=desk.cpl,DisplayOcSetupProc,,7
Fax=fxsocm.dll,FaxOcmSetupProc,fxsocm.inf,,7
NetOC=netoc.dll,NetOcSetupProc,netoc.inf,,7
iis=iis.dll,OcEntry,iis.inf,,7
com=comsetup.dll,OcEntry,comnt5.inf,hide,7
dtc=msdtcstp.dll,OcEntry,dtcnt5.inf,hide,7
IndexSrv_System = setupqry.dll,IndexSrv,setupqry.inf,,7
TerminalServer=TsOc.dll, HydraOc, TsOc.inf,hide,2
msmq=msmqocm.dll,MsmqOcm,msmqocm.inf,,6
ims=imsinsnt.dll,OcEntry,ims.inf,,7
fp_extensions=fp40ext.dll,FrontPage4Extensions,fp40ext.inf,,7
RootAutoUpdate=ocgen.dll,OcEntry,rootau.inf,,7
IEAccess=ocgen.dll,OcEntry,ieaccess.inf,,7
OEAccess=ocgen.dll,OcEntry,oeaccess.inf,,7
WMPOCM=ocgen.dll,OcEntry,wmpocm.inf,,7
Games=ocgen.dll,OcEntry,games.inf,,7
AccessUtil=ocgen.dll,OcEntry,accessor.inf,,7
CommApps=ocgen.dll,OcEntry,communic.inf,HIDE,7
MultiM=ocgen.dll,OcEntry,multimed.inf,HIDE,7
AccessOpt=ocgen.dll,OcEntry,optional.inf,HIDE,7
Pinball=ocgen.dll,OcEntry,pinball.inf,HIDE,7
MSWordPad=ocgen.dll,OcEntry,wordpad.inf,HIDE,7
ZoneGames=zoneoc.dll,ZoneSetupProc,igames.inf,,7
TabletPC=tabletoc.dll,TabletSetupProc,Tabletpc.inf,HIDE,7
Freestyle=medctroc.dll,MedCtrOCISetupProc,medctroc.inf,HIDE,7
netfx=netfxocm.dll,UrtOcmProc,netfxocm.inf,hide,7
XUpdatePack=ocgen.dll,OcEntry,XUDPack.inf,HIDE,7
IERollBack=ocgen.dll,OcEntry,IE.inf,,7
RefCL=ocgen.dll,OcEntry,RefCL.inf,HIDE,7
Runtime=ocgen.dll,OcEntry,Runtimes.inf,HIDE,7
MSSignedThemes=ocgen.dll,OcEntry,SgndThms.inf,HIDE,7
WMPRollBack=ocgen.dll,OcEntry,WMP.inf,,7
nLite = ocgen.dll,OcEntry,nLite.inf,HIDE,7

[Global]
WindowTitle=%WindowTitle%
WindowTitle.StandAlone="*"

[Strings]
WindowTitle="Windows Professional Setup"
WindowTitle_Standalone="Windows Components Wizard"

; Customized by nLite - www.nliteos.com
=====================================================================

Langkah ketiga - Perhatikan pada "XUpdatePack=ocgen.dll,OcEntry,XUDPack.inf,HIDE,7".
Langkah keempat - tambah ";" pada supaya jadi seperti ini.

";XUpdatePack=ocgen.dll,OcEntry,XUDPack.inf,HIDE,7".
Langkah kelima - simpan/save fail tersebut, dan tutup explorer.
Langkah keenam - buka "Add/Remove Windows Components" pada "Control Panel > Add or Remove Program". Kemudian hasilnya seperti yang terdapat di bawah.


Semoga Berjaya....

Saturday, April 9, 2011

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Perisian "Boot Hiren's"

Hiren's BootCD

Hiren's BootCD ini adalah satu perisian yang digunakan untuk maintenance komputer. Ianya digunakan untuk Backup Driver, Clone Harddisk, Image Backup, Resize Partition, Recovery, dan macam macam lagi...

Hiren's BootCD ini telah direka oleh orang yang berasal dari India.

Untuk pengetahuan anda semua, aplikasi Hiren's BootCD ini adalah dari perisian freeware (percuma) dan juga shareware (percubaan) yang telah diubah suai dan digabungkan supaya pengguna dapat mengguna perisian secara percuma (*ingat, ini adalah perisian cetak rompak)...

Perisian ini amat mudah untuk digunakan, sebagai contoh, bagi pengguna Windows XP, mungkin anda semua pernah mengalami masalah seperti "NTLDR is missing", betul?... mungkin anda fikir jalan penyelesaiannya adalah format ataupun repair menggunakan Windows CD, betul?... Dan ianya mengambil masa yang terlalu lama... Dengan menggunakan perisian Hiren's BootCD ini dapat memudahkan pengguna untuk membaiki masalah "NTLDR is missing" ini dalam masa yang amat singkat dan tidak lebih daripada 5 minit!!!...

Jadi... mana satu yang anda semua ingin pilih???.... Format PC atau Repair Balik Windows anda, ataupun betulkan masalah "NTLDR is missing" dengan menggunakan Hiren's BootCD ini...

Ini adalah serba sedikit contoh perisian Hiren's BootCD ini...

Boot CD... pengguna boleh pilih untuk boot pada Harddisk ataupun masuk terus ke dalam menu Hiren's BootCD...

Ini adalah menu pilihan, dapat anda lihat disini menunjukkan menu untuk Fix "NTLDR is missing"...

Untuk keterangan lanjut... anda bolehlah klik pada URL ini... http://www.hirensbootcd.org/about/

Thursday, April 7, 2011

Mana Yang Lagi Bagus, 2 graphic card yang menggunakan SLI/CF ataupun menggunakan 1 graphic card yang menggunakan 2 GPU???

Mari Kita Lihat Perbandingan Antara Kedua-duanya....


 
      Graphic Card 1 GPU menggunakan CF/SLI     |    Graphic Card 2 GPU tanpa menggunakan CF/SLI

Di sini cuba kita lihat perbezaannya.


Graphic Card 1 GPU Menggunakan SLI/CF
Graphic Card 2 GPU Tanpa SLI/CF
Penggunaan Kuasa (Watts)
-          Penggunaan tenaga sebanyak 27 W pada mod Idle dan 150 W pada kuasa penuh bagi 1 graphic card.
-          Penggunaan tenaga sebanyak 42 W pada mod Idle dan 294 W pada kuasa penuh.
Memory Graphic
-          Menggunakan 1 GB DDR3/DDR5
-          Menggunakan 2 GB / 4 GB DDR 5
Memory Interface
-          128/256 Bit
-          256 Bit
Effective Memory Clock
-          1200 MHz
-          1000 MHz

Di sini dapat ditunjukkan bahawa menggunakan graphic card 1 GPU lebih menjimatkan tenaga berbanding graphic card 2 GPU. Mungkin ada orang yang berkata bahawa dengan menggunakan 2 GPU lebih bagus. Akan tetapi, cuba kita fikirkan sejenak, adakah kita ini mampu untuk membayar bil elektrik yang melambung tiap-tiap bulan hanya sebab bermain game??? lagi satu, graphic card yang menggunakan 2 GPU tidak semestinya bagus.