Hari ini kita akan perhatikan kelebihan serta kekurangan yang terdapat pada LED/LCD monitor.
Pertama sekali kita akan melihat perbezaan ketebalan antara kedua-dua monitor tersebut :
Dalam gambar ini dapat kita lihat bahawa LED monitor lebih nipis berbanding LCD monitor...
Sebabnya????
1. LED monitor menggunakan external power supply,
manakala LCD pula menggunakan internal
power supply.
LCD Power |
LED Power |
2. Kebanyakan LCD mengalami masalah "Dead Pixel" manakala
LED pula jarang berlaku "Dead Pixel" (mungkin... belum dapat
dipastikan lagi).
1 Row Dead Pixel on LCD monitor |
bernama Pixel Repairer. Namun tiada jaminan bahawa
ianya akan dapat membaiki "dead pixel" tersebut.
3. Bagi LED pula biasa di laman web syarikat pengeluar
mengatakan ianya menggunakan contrast yang tinggi
yang mempunyai kecerahan yang lebih terang berbanding
LCD monitor. Akan tetapi hakikat sebenarnya, dengan
menggunakan LED monitor membuatkan mata kita
semakin hari semakin rabun disebabkan kecerahan cahaya
yang dipancarkan. Ianya hampir sama dengan CRT monitor
dimana ianya akan membuatkan mata kita bertambah sakit
disebabkan cahaya yang lebih terang dari kawasan sekitar
memasuki pada mata kita.
CRT Lightning using electron beam |
LED monitor yang menggunakan LED backlight untuk mendapatkan kecerahan yang baik |
Untuk LCD monitor, ianya merupakan teknologi yang sudah
digunakan selama 10 tahun dan lebih, jadi mungkin
bermacam-macam masalah yang dapat dilihat.
Bagi LED pula tidak dapat dipastikan, disebabkan ianya
merupakan teknologi yang masih baru.
Itu sahaja maklumat yang dapat dikongsi... mungkin ada sesetengah pihak bercanggah pendapat seperti yang telah saya nyatakan... Disebabkan itu, rajin-rajinkan lah tangan itu untuk memberi komen yep...