Sunday, August 21, 2011

Apakah IntelliPark? Adakah ianya memberikan kebaikan ataupun mendatangkan masalah???


IntelliPark... Antara ciri-ciri yang terdapat dalam HDD WD Caviar-Green...

Western Digital, Memang tidak asing lagi namanya di dalam dunia perkomputeran disebabkan ianya merupakan pengeluar HDD... 

Ok... WD mengeluarkan produk HDD yang diberi nama Caviar-Green (*Terdapat saiz 1TB~3TB)... 
Ianya dinamakan Caviar-Green disebabkan ianya menjimatkan tenaga a.k.a Eco-Friendly (konon nye lah)...

Apakah fungsi "IntelliPark" ini????

Adalah dimaklumkan kat sini... mesti anda semua tidak mengetahui makna "IntelliPark" ini, bak ayat aku ("Abendenye menatang intellipark ni?")...

IntelliPark ini merupakan salah satu ciri dimana apabila HDD anda tidak digunakan (inactivate) dalam masa 8 saat, maka tanpa segan silu arm/head tersebut 'parking' ke zon selamat... (selamat la jugak)...
Biar saya terang dengan lebih terperinci...

        Contoh cambar kat atas menunjukkan parking place dengan arm... ok cerita dia mcm ni... Dalam  Caviar-Green ni... Western Digital telah mencipta satu ciri dinamakan "IntelliPark", disebabkan untuk sinonimkan dengan ciri hijau yang terdapat pada HDD tersebut... setiap HDD Cavier-Green (*Atau mungkin yang blue dengan black) yang ada ciri ini dengan kata lain dapat menjimatkan kuasa yang digunakan... apabila HDD anda tidak digunakan (*Disebabkan anda jadikan HDD ini sebagai tempat storan data), dalam masa 8 saat jika HDD ini tidak digunakan (*misalnya kita x buat backup atau sebagainya dalam HDD ini) ianya secara automatik akan shutdown HDD ini...

     Err... Adakah anda faham tentang penerangan saya... maaf saya x pandai sangat nak terang...

     Ok... sekarang ini kita sambung balik....

     Berkenaan masa 8 saat inactive tu... ianya telah disetkan oleh Western Digital itu sendiri...

Adakah ianya x memberi kesan kepada HDD tersebut???

         -  Terdapat sesetengah orang mengatakan, penggunaan "Intellipark" ini agak merbahaya kepada HDD tersebut disebabkan masa 8 saat tidak digunakan, ianya akan shutdown...
         -  HDD jenis Caviar-Green ini biasa akan memerlukan masa untuk startup balik... jadi... pada pendapat anda la kan... anda dah masuk ke dalam drive HDD ini, lepas tu buat backup ke, tonton video ke, lepas tu anda tutup explorer, dan x ganggu HDD ini, selepas 10 saat, anda nak guna pulak fail yang ada dalam HDD tersebut... dan anda rasa ianya mengambil masa untuk membuka drive tersebut... jadi anda rasa tension x?...

Apakah cara-cara untuk mengubah suai factory setting (ubah masa inactive) "IntelliPark" ini???

        -  Ya... Ada cara lain untuk mengubah suai factory setting ini... dengan menggunakan perisian applikasi dari (*lain kali saya sambung...)... nantok lak... hahaha.... apa apa hal saya bagitau lain....

Saturday, August 20, 2011

Macam Mana Nak Reset Root Password Dalam Linux


Reset Semula Admin (Root) Password Dalam Linux

Assalamualaikum (Salam Sejahtera) semua,

Pertama sekali saya ingin meminta maaf jika blog ini susah sangat nak tgk perkara baru, maklum la, penyakit malas... hahaha....

Ok, kita mulakan cerita tentang cara macam mana nak reset semula admin (root) password dalam linux.
(*Bagi user password nanti saya akan terangkan kemudian)...

Dalam sistem operasi linux yang biasa kita lihat, bagi memulakan proses pemasangan (installation) ataupun setting sistem, yang paling penting adalah admin (root) password... 

Dalam terminal juga biasanya admin (root) ini dinamakan *su (dalam suse, fedora, redhat, mint (*yang diketahui)) dan *sudo (dalam ubuntu (*umumnya))... setelah itu pengguna perlu memasukkan password bagi admin (root) tersebut supaya bolehlah login sebagai admin (root) (*hanya dalam terminal sahaja)...

 Langkah - langkah bagi reset semula admin (root) password.

1. Pastikan PC anda dihidupkan, kalau x macam mana nak masuk dalam sistem.
2. Semasa PC tengah dalam proses untuk booting linux, tekan "F8" untuk masuk ke dalam bootloader list (*bagi PC yang terus masuk ke dalam sistem operasi (OS) tanpa melalui bootloader). Contoh dapat dilihat kat bawah.



3. Pilih bootloader ke linux (*contoh disini Red Hat Linux) dan tekan 'e' untuk edit kernel entry.
    (*Jangan risau... ianya tidak akan merosakkan sistem operasi tersebut).
4. Pada bahagian "edit kernel entry", anda akan dapat lihat command bagi linux kernel entry tersebut, jangan ubah apa-apa pada command tersebut, cuma tambahkan perkataan 'single' kat bahagian belakang sekali. Contoh ada dilampirkan di bawah.



5. Kemudian, tekan 'enter'. (*Jangan memandai taip 'enter' pulak).
6. Dan tanpa membuang masa yang panjang, silalah tekan 'b' untuk boot using single user.
7. Selepas itu, skrin hitam putih akan kelihatan (*Dinamakan prompt). Contoh dilampirkan dibawah.


8. Kemudian taip seperti yang dinyatakan di bawah ini untuk mount proc dengan remount root,

       [root@redhat]# mount -t proc proc /proc
       (*ada sesetengah akan menyatakan bahawa ianya telah mount)
       [root@redhat]# mount -o remount, rw /

9. Kemudian sampailah masa yang dinanti-nantikan, reset semula admin (root) password.
   Taip seperti yang dinyatakan di bawah.

       [root@redhat]# passwd
       Type a new password : (*Masukkan Password Baru)
       Retype a new password : (*Tulis Semula Password Baru Yang Telah Ditaip Tadi)

10. Dengan ini admin (root) password tadi telah berjaya diubah. Sekarang mula semula (reboot) PC anda. Taip seperti yang dinyatakan di bawah.

       [root@redhat]# sync
       [root@redhat]# reboot

Dengan ini tamatlah sudah cara-cara bagaimana untuk reset semula admin (root) password linux.
Harap dengan apa yang anda telah bacakan tadi dapat dimanfaatkan di masa hadapan.

Sekian, Wassalam...