Saturday, August 20, 2011

Macam Mana Nak Reset Root Password Dalam Linux


Reset Semula Admin (Root) Password Dalam Linux

Assalamualaikum (Salam Sejahtera) semua,

Pertama sekali saya ingin meminta maaf jika blog ini susah sangat nak tgk perkara baru, maklum la, penyakit malas... hahaha....

Ok, kita mulakan cerita tentang cara macam mana nak reset semula admin (root) password dalam linux.
(*Bagi user password nanti saya akan terangkan kemudian)...

Dalam sistem operasi linux yang biasa kita lihat, bagi memulakan proses pemasangan (installation) ataupun setting sistem, yang paling penting adalah admin (root) password... 

Dalam terminal juga biasanya admin (root) ini dinamakan *su (dalam suse, fedora, redhat, mint (*yang diketahui)) dan *sudo (dalam ubuntu (*umumnya))... setelah itu pengguna perlu memasukkan password bagi admin (root) tersebut supaya bolehlah login sebagai admin (root) (*hanya dalam terminal sahaja)...

 Langkah - langkah bagi reset semula admin (root) password.

1. Pastikan PC anda dihidupkan, kalau x macam mana nak masuk dalam sistem.
2. Semasa PC tengah dalam proses untuk booting linux, tekan "F8" untuk masuk ke dalam bootloader list (*bagi PC yang terus masuk ke dalam sistem operasi (OS) tanpa melalui bootloader). Contoh dapat dilihat kat bawah.



3. Pilih bootloader ke linux (*contoh disini Red Hat Linux) dan tekan 'e' untuk edit kernel entry.
    (*Jangan risau... ianya tidak akan merosakkan sistem operasi tersebut).
4. Pada bahagian "edit kernel entry", anda akan dapat lihat command bagi linux kernel entry tersebut, jangan ubah apa-apa pada command tersebut, cuma tambahkan perkataan 'single' kat bahagian belakang sekali. Contoh ada dilampirkan di bawah.



5. Kemudian, tekan 'enter'. (*Jangan memandai taip 'enter' pulak).
6. Dan tanpa membuang masa yang panjang, silalah tekan 'b' untuk boot using single user.
7. Selepas itu, skrin hitam putih akan kelihatan (*Dinamakan prompt). Contoh dilampirkan dibawah.


8. Kemudian taip seperti yang dinyatakan di bawah ini untuk mount proc dengan remount root,

       [root@redhat]# mount -t proc proc /proc
       (*ada sesetengah akan menyatakan bahawa ianya telah mount)
       [root@redhat]# mount -o remount, rw /

9. Kemudian sampailah masa yang dinanti-nantikan, reset semula admin (root) password.
   Taip seperti yang dinyatakan di bawah.

       [root@redhat]# passwd
       Type a new password : (*Masukkan Password Baru)
       Retype a new password : (*Tulis Semula Password Baru Yang Telah Ditaip Tadi)

10. Dengan ini admin (root) password tadi telah berjaya diubah. Sekarang mula semula (reboot) PC anda. Taip seperti yang dinyatakan di bawah.

       [root@redhat]# sync
       [root@redhat]# reboot

Dengan ini tamatlah sudah cara-cara bagaimana untuk reset semula admin (root) password linux.
Harap dengan apa yang anda telah bacakan tadi dapat dimanfaatkan di masa hadapan.

Sekian, Wassalam...

No comments:

Post a Comment